Followers

Saturday, 28 February 2015

Japan Winter 2015: Day 4 - Dotonbori Street Osaka

Hari ni kami akan ke Osaka.. Jauh perjalanan ni. Seawal 7 pagi kami memulakan perjalanan.. Keluar dari Hotel jer nampak cahaya kuning menyimbah si Mt Fuji. Subhanallah.. cantek sungguh. Dalam ketar kesejukkan sempat jugak snap gambar sebelum memulakan perjalanan. 

Kami rancang nak naik bas ke Shinjuku kemudian naik Shikenzen ke Osaka. So motip pertama nak beli ticket bas ke Shinjuku. Walaupun kami ade JR pass. memandangkan nak cepat2 sampai ke Osaka, bas jadi pilihan. Malas nk transit dan tukar train.

 Mt Fuji disinari sunrise
 Senow bersepah
 Sunrise kat Kawaguchiko Station

Tiket bas kami jam 8pagi. So ade la masa nk amik gambar mana yang patut. Tetibe ternampak plak post Japan ni.. OMG, poskad x pos lagik. Mane nak beli stem ni. Masuk kat dalam kat kedai beli poskad tanye ade jual stem x. Rupenyer ade. Lagik 5 min bas nk gerak ni. Dengan kelam kabut aku kluarkan poskad. Dengan tangan kesejukkan aku nk lekatkan setem tetibe.. alamak.. camner nk lekatkan setem ni... Tiba tiba Bagaikan pari pari datang la pekerja kedai tu bawak gam. Siap soh kami pi naik bas dia settlekan... Terharu sungguh. Dan dan jugak kami angkat beg larik masuk dalam bas... Huaaaa kesat air mate.. Baik betul gadis Japan tu.. Sayang Japan lebih la.. tetibe..

 Ni la tong Poskad tu masuk.

Dalam perjalanan aku banyaknyer tido jer.. Tau2 dah sampai kat Shinjuku. Cabaran seterusnye nak carik locker beg. Pening jugak la kami nak mencari locker beg. Mujur la kami ade snap gambar kedai sebelah locker. Pegi kat information center kat subway tu pastu tunjuk jer gambar.. depa pun tunjukkan arah.. Pergh nasib baik. Klu cakap locker beg jer sure sempai esok pun x tentu jumpe sebab kat Stesen shinjuku tu byk betul locker simpan beg. 

Kat Stesen shinjuku jugak kami book shikenzen tic ke Osaka. Cik kaunter tu kate gate 10. Kami pun naik la gate 10. Sume train yang lalu ke Stesen Tokyo. Aku dah kompius yang amat time tu. Betul ker Shikenzen ni naik kat Gate ni. Disebabkan rase x sedap hati aku pun turun balik tanye kaunter. Rupenye kami perlu ke Tokyo Stesen. Naik Shikenzen dari sana. Nape la Cik kaunter tu x bgtau. Ticket yang kami book dah x sempat nk kejar. Mujur la pakai JR Pass. dapat la change time dari kul 11 kepada kul 12. Akhirnyer berjaya la kami naik shikenzen tu. Kami pulak x sempat nk beli makanan. Lapo dah ni. Ayuh tido sebelum naga dalam perut meronte. 4 Jam kemudian kami pun sampai.

Kesilapan besar aku ialah x setadi exit mana. So x tau nk kluar tang mana. Ambil keputusan tanye kat pengawal subway ni. Dia pun tunjuk arah keluar. Dengan kompidentnyer aku pun kluar la bagai arah di tunjuk.. Bapak jauh kami menapak, x nampak pun hotelnyer. Google map pun gune, time ni la plak gps not detected.. Mencik Sony tetibe. Tanye org lagik, depa tunjuk depan sikit jer. Aku pun masuk. Rupenyer nama tempat ni Shin Osaka. So aku tanye Shin Osaka hotel, org tunjuk la hotel ni.. Sebab nama hotel ni Continental Shin Osaka hotel. What a life. Penat giler dah ni.. 

Akhirnyer Sony pun dapat detect GPS and membawa arah yang benar. Mmg betul la hotel ni selah jer ngan Stesen train ni.. exit West. Turun Tangga trus leh nampak. Cam nk hantuk kepala aku. Kaki nk patah dah berjalan. Disebabkan dah penat plus lapar kami pun decide nk rehat and makan dulu. Hari pulak dah nk gelap. Nampak gayanye kami sume dapat ke Dotonbori Street jer la.

 Kedai Sotong. Tokayaki

 Display food.. abaikan Vavi ditepi tu.

 Papan tanda mercu tanda Osaka.

Model tetibe masuk plak.. 

Note:
Lokasi: Dotonbori Street
Subway : Namba

Selepas dah penat berjalan kat Dotonbori Street ni kami pun balik hotel. Mmg agak sengal motip ke Osaka ni. Actually x sangka akan sesat barai. X kesampaian nak ke Umeda sky building dan Osaka Castle.. Xpe nanti kite datang lagik. Ayat typical bila misi fail hehe.

Ok la till then.. 

Saturday, 21 February 2015

Japan Winter 2015 - Day 3 Kawaguchi Lake

Hari ke 3 kami ke Kawaguchi Lake pula. Kami akan tido di Kawasan Kawaguchi Lake ni semalam. So kami tinggalkan beg besar kat Subway Station di Shinjuku. Kebetulan ketika kami sampai org ramai yang amat. Time orang pergi kerja. Memang pening sangat nk mengharung manusia yang jalan macam robot. Ketika ni mmg kami x kluarkan camera, sebab keadaan mmg huru hara. So xder la gambar nak tujuk. 

Untuk ke Kawaguchi Lake ni ade 2 option, bas ataupun train. Since kami dah ade JR Pass ni maka kami naik train la. Kengkonon nak jimat dan fully utilize JRPass nih. Untuk ke Kawaguchi Lake dengan train kite kene tranfer train kat Otsuki. JRPass tu cover sampai Otsuki jer. Dari Otsuki ke Kawaguchi Lake kene bayar. Detail nanti aku cite last yer.

Otsuki Station

Sampai jer kat Stesen Kawaguchi Lake ni, terkesima sekejap sebab view mount Fuji mmg speachless. Seronok sangat. Kami bertemu dengan traveller dari Malaysia. So decide nk jalan bersama. Nasib baik sebab kami memang x setadi beriya sangat pasal Kawaguchi Lake nih. First thing to do ka beli 2 day pass bus tic. Aku rase sangat berbaloi sebab kalau x amik fare each stop sangat mahal. Mujur sangat kawan baru kami bagi tau. 2 day pass bus ni price dia 1030 yen. 

ni Version online. Untuk yang terkini, amik kat Kawaguchi Station mase beli 2 Day pass

Mohon ketik link bawah map ni klu nak dapat yang pdf version. leh la korang telek puas2. Ade 21 Stop bas ni bawa. Kite boleh pilih mane yang best. Kalau nak cover 21 tempat ni mmg kene 2 hari. Tapi kami ade setengah hari jer. So kite cover mana yang sempat jer la. Kami pergi tempat yang jauh sekali. Stop no 21. 

Syukur la Mt Fuji menunjukkan diri.

Yang ni ade lalang sikit.

Yang ni plak post berangan.

Next kami ke museum Kimono. Kawasan ni mmg cantek. Kami x masuk pun museum tu. Layan kawasan luar yang mmg ohsem jer.

Duduk jap kat kerusi unik ni

Tasik kecik yang membeku.

Pijak snow 

Main lari lari

View ni kami dapat mase nk carik cafe. Nak makan sebab lapo dah memasing.

Mula mula kami minum kopi kat dalam. Pastu mintak izin nak guna table kat luar.
Macam macam ada ni.. Makanan tema Malaysia sgt. Serunding, nasik impit ngan sambal. Mmg moveles makan time kelaparan. Tq sangat korang.. Muahh.

Lepas makan kite sambung amik gambar kat kawasan berhampiran.

Next kami main salji kat kawasan Snow Festival. Aku x ingat stop berape. Ade macam macam kat sini. Siap ade igloo bagai.

Muka excited x?

Posing ngan Hello kitty

Hari semakin petang, Winter kat Japan ni kul 5 lebih dah start nk gelap. So kami cume ade satu jer lokasi yang boleh visit. Tunggu bas lame betul. Sampai la bas yang kami tunggu. Baru nak masuk bas driver kate No... tu jer yang aku dengar. No?? no ape ni.. x paham.. Salah bas kot. Bas pun berlalu. Rupenyer bas driver kate no eating. Sbb nampak beberape daripada kami sedang makan epal. What!! Sape yang makan epal tu?? hahaha.. Nak tunggu lagik 15 minit kerana Epal?? cissss sabo jer la. After 15 min datang next bas. Memasing pun dah habis makan Epal punce tu..

Last spot yang kami sempat pergi ialah Kachikachiyama Ropeway. Memang bernasib baik sebab kami train yang terakhir dapat naik. Nak tutup kedai dah depa.

View otw ke atas dr cable car

Ni view bila sampai kat atas

Naik Tangga lagik dapat view ni

Naik lagik ke stage kayu tu ni view dia

Yeayy dah sampai sini.

Tengah feeling2 nk sunset siren pun bunyik.. Adeh nk kene turun dah. Giler kejam. X sempat nk layan sunset tu. Dengan muka pasrah memasing pun turun semula ke cable car. Keciwe!! Kami akan tdo di kawasan Kawaguchi Lake ni semalam manakala yang lain plak akan balik ke Tokyo. Dorang balik naik bas.

Sebelum balik memasing bun soping last minute kat Kedai Stesen ni. Kat sini la aku beli postcard.. Alhamdulillah sampai dah sume rasenyer. Siap ade y mak kate awek Japan bagi poscard.. Hiks.. 

Kedai ni mmg comel. Dalam stesen tren.

Depa dah balik kami pun carik hotel.

Oike Hotel.

Hotel ni mmg cantek. Price dia pun x murah. Sebenarnyer nak try mandi air panas kat sini. Tu yang x kisah bayar mahal. Tapi bile bace term and condition nk mandi ohsen ni aku rase nk pitam. Mmg x la aku nk mandi bogel berjemaah ni. Rugi jer bayar mahal. Facilities mmg tip top. Tp x fully utilize oleh kami. Price per night 11,700yen.

Ok habis day 3. Skang kite cite pasal transportation plak

Train Shinjuku to Otsuki - ¥1,320 (Kami free sbb JRPass). Travel time 70 min
Train Otsuki to Kawaguci Lake - ¥1,140. Travel time 45 min
Total Travel time 1 jam 55 min.
Ni x campur tunggu transfer train

Next option 
Naik Bas dari Shinjuku - ¥1750. Travel time 1 Jam 45 min.
Return tic murah tp aku x ingat. 2 ribu lebih jer
Leh refer link ni. tp xder plak dia cite pasal return tic. 
So aku advice sape nk ke Kawaguchi Lake ni naik bas lagik bagus.

Bagi yang nak lepak sini 2 hari penuh, mmg better tido kat kawasan ni. Tapi pada yang nk 1 day trip jer better balik tdo kat Tokyo. Sebab night life sini mmg xder pape. 

Ok la.. tu jer cerita Kawaguchi Lake.. Till then bye..





Thursday, 19 February 2015

Japan Winter 2015 - Day 2 Roponggi Hills dan Asasuka

Selamat Tahun Baru Cina semua.. korang buat ape tu.. ade yang travel ker.. Happy holiday semua.. 

Hari kedua di Japan, kami akan ke Roponggi Hills dan Asasuka. Atas factor usia, lately ni travel nak yang light and easy jer. X larat nk berkejar sangat. Pagi pagi kami dah gerak. Ape yang ade kat Roponggi hills pun aku x sure. Aku google2 katenyer best. Kite tengok la ape yang best nyer.

 Budak Japan gi Sekolah. Depa x sejuk ker.. Aku y sihat ni pun gigil.

Sampai je kat Roponggi Hills ni aku tersengeh jap. Hills yang moden rupenyer. X der la hills sangat. Tempat ni adelah beberapa bangunan di kawasan yang tinggi. Exclusive la jadinyer kan. Ade shopping complex berjenama. Yang katenyer mampu dilihat jer. Untuk aku la. So sape sape yang nak soping barang branded boleh la datang sini. Since kami sampai awal pagi, kami minum dulu kat Starbak. Kedai x bukak lagik nak berjalan. Aku mmg suke minum green Tea Frappuchino. Hahaha.. boleh dalam winter minum camtu.  

 Kedai ni jual macaroon. akak aku asik wusha jer.. Cantik katenyer persis oversea.. ehh mmg oversea pun.

Kedai kat sini macam Pavilion kat KL tu. Design dia mmg cantik. Banyak bahagian. Penat jugak la jalan. Motif aku sebenarnyer nak naik top of bangunan ni. Katenyer boleh nampak Tokyo. So sambil2 jalan tu kite cari arah tujuan. Mane entah liftnyer.


 Fefeeling kat Paris pun boleh. 

Akhirnyer jumpe la arah nak ker rooftop. dengan excitednyer aku naik escalator. Sampai jer yang ade adelah notis penutupan sebab ade renovation. Oh my gucci.. my prada is killing me!! Why why now!!.. Mencik.. Dengan hati yang keciwa kami pun turun semula. Tgok2 ade kawasan garden yang cantek.

Ha nampak x garden tu.

Turun tangga pun nak kene posing. Bertabah la klu nampak banyak naw gambar aku kat edisi Japan ni. Travel ber2 jer. Model sorang lagik x mampoo aku nk bayo royalti.

 OTW nak ke garden nampak TV Asahi.. Jap lagik masuk.

 Ha nampak tak bangunan ni.. rooftop dia la aku nk naik x dapat.. sob sob.

 Bangunan kat Roponggi Hills.


 Mula2 pakai cardigan jek. 

Sekali angin kuat daaa.. Terpaksa la kluarkan baju bulus.

Setelah naik kejung aku kat garden ni kami pun masuk bangunan Asahi TV tu. Asahi TV ni tuk kanak2. Doraemon, Sinchan dan bagai2 tu. 

 Bilik Nobita pun ade. Tp nobita gi skolah time ni. 

Sinchan and Family

 Ade jugak kedai jual barang kartun ni. Awas la klu korang bawak anak masuk sini. Since barang original, mahal la sikit. 

Petunjuk 
Lokasi: Roponggi Hills
Subway : Roponggi Exit 1C. Naik escalator trus sampai. 
Note: Jangan datang awal pagi sbb kedai bukak kul 10am.

Next kami ke Asasuka. Zasss dr kedai mewah di Roponggi hills kite layan kedai murah plak. Barang kat sini mmg murah. Ade satu lagi tempat yang di katekan murah dan hapening. Harujuku. Kami tak sempat nk kesana. Ade la jugak hasil daripada jalan kat Asasuka ni. Kalau nak beli FM dan keychain pun ade tapi kat kawasan berdekatan temple. Sile wusha dulu harga sebab barang yang sama mmg beza price setiap kedai. 

 Baju pun murah.

 Penyapu nenek kebayan pun hade. huhu

Yang biru beli kat Shibuya 1000yen. Yang Coklat beli kat Asasuka 500yen.. hahaha

 Orang Japan ni sangat kreatif. Tgok roller shutter kedai pun cantek. Kalau dia ttp kedai xder la nampak hudoh kan..

 Roti ke biskut ni.. rajin kan nak buat camni

 Kedai ni mmg ramai yang datang. Kueh kacang. Aku rase macam kueh doremon tu kot. Tapi ni bentuk ikan. Dah macam buat kueh bahulu pun hade. Gigih ok.. Satu acuan ade 4 bijik jer. Bakar manual dapur gas.

Bas dia pun chumel.. 

Petunjuk 
Lokasi: Asasuka
Subway : Asasuka Station Exit 1

 Ok la.. tu jer edisi day 2. Kami malamnyer packing untuk ke destinasi seterusnyer jer. Entry kali ni tema biar gambar berbicara.. Pemalas yang amat. :P

Till then, bye..