Followers

Sunday 14 September 2014

Lombok Day 3 : Sendeng Gile Waterfall

Harini aku nak gigih habiskan Entry Lombok ni. Walaupun xder pun pending Entry pasni tp nk jugak habiskan cepat sebelum semangat Lombok semakin pudar. Gitu..

Hari ni kami akan balik ke tanah besar. Pagi tu Kak Anash ajak jejalan. Nak try tengok sunrise gitu. Kami pun ke Jetty. Dan permandangannyer amatla membuatka aku teruja. Pagi gi Gili sunyi sepi. Mungkin ramai yang masih belum bangun tidur. Kedai2 pun masih belum dibuka.

Jom kite cikidout gambar Sunrise ni..


Dan lagik...


Tan Sri sedang berusaha memujuk Kucing menjadi model.

Selepas bersarapan di Gili T hotel kami pun bersiap2 untuk check out. Sementara tunggu private boat kami datang.. Harusla last kopek snap gambar. Bye bye Gili...


Destinasi kami seterusnye ialah Sendeng Gile Waterfall. Perjalanan mengambil mase hampir 3 Jam. Jauh giler. Keadaan jalan yang kecil dan sesak membuatkan perjalanan lagik mencabar. Tetibe Van macam nak abis minyak plak. Last Stesen Minyak plak ditutup sebab xder minyak dah. Gundah gulane jap perut aku. Abg driver relex jer. Rupenyer sepanjang jalan tu ade banyak peniaga jual minyak dalam botol. Isik minyak van guna botol jer. Kompom la mahal kan. Dah terpaksa. redah jer la. Tengah dok isik minyak mate ternampak plak goreng pisang. Ohmaii.. harus kluar van beli. Nk beli plak x tau kire macam mane. Kami request 5000 rupiah dulu. Kalau convert RM 1.35 sahaja.. Sekali hamik kau.. cukup la makan satu van. Murah betul local food nih. Klu kat Malaysia pisang potong 2 kan. Kat sini xhado... Sebijik tu le dia goreng. Rase dia not bad. Seriusly tradisional. Macam nenek2 kite goreng dulu2. Xder la crispy bagai tu. Layannn

Dalam perjalanan kami singgah Sawah ni. Hijau saujana mate memandang gitu...


Selfie beramai2.

Selfie solo.

Dalam perjalanan kami asik tanye abg supir. Jauh lagik ke bang. Jawapannyer 'LUMAYAN'. Ni betul2 lumayan weh. Naik kejung. Mujur la Van tu selesa. Klu yang hado mmg kompom aku soh dia patah balik. Sampai2 jer kami tapau roti bakar dulu. Sebab dalam hutan tu mmg xder kedai. Ayuh kite berjalan pula. Senam2. Nak ke lokasi air terjun pula mmg la kene naik turun tangga. Moge bertabah.

Jom jalan!!

Setelah berjalan dalam 30 min kami pun samapai. Actually ade lagi satu air terjun. Tapi kami macam dah x larat nk menapak. Cukupla yang hado ni jer. Pun dah cantek.

Bertingkat tingkat air terjunnyer.

Nampak Rainbow x??

Betape jernihnyer air terjun ni. Nampak jelas kedasar. Subhanallah.

Setelah puas kami mandi manda.. akhirnyer kami pun bergerak ke hotel. Kali ni kite kejar sunset plak. Misi pasni ialah layan sunset, mandi pool, Kluar makan dan soping buah tangan. Jom Cikidout gambar sunset dulu.

Kegigihan fotographer terulung.

Fefeeling tepi pantai.

Dan sunset!!.

Kami yang gigih berskirt di Lombok.

Malamnyer kami kluar makan dan membeli sedikit barang buat kenang kenangan dari Lombok. Sampai dihotel pun dah lewat malam. Kami bersilent moment di Lobby hotel. Sambil memikirkan next trip. Next trip?? Blurrr.. hahahaha. Beg pun dah makin gemuk. Aku berjaya add luggage dengan harapan nak berlenggang naik Flight. Diva katenyer. 

Pagi Esoknyer kami disediakan early breakfast oleh hotel. Bukan main special meja kami. Siap ade Bunga2 lagik. Mesti Tukang masak dikejutkan khas untuk kami. huhuhu. Perjalanan ke Airport Agak LUMAYAN. Mujur la kami gerak awal. Macet merate. Akhirnye kami sampai juga di JB dengan selamat. 

Perjalanan kali ni Alhamdulillah penuh dengan senyuman. Seronok sangat travel dengan mereka2 yang sekepala ni. Pape pun aku nak ucap thanks a lot pade #TeamLombok kali ni. Korang mmg awesome. And lastly mohom maaf kalau ade yang buat korang x senang sepanjang trip kali ni. Harap2 xder la kan... So... Where next??? hiks ^^

Wasalam..

6 comments:

  1. Salam..

    Menarik gambar2 lombok.. Boleh rekomen driver yg teamlombok guna servis tu tak.. Kami nak ke lombok nov nanti.. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang Dedy +6281805228292. Contact dia. Abg ni baik n ok. Price pun ok.

      Delete
  2. dah selamat pastelink entry nih...
    siap la pae ...
    soklan bertalu2 masuk pas ini...
    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. X aci!!!!.. Huhuuu.. Pasrah.. Dah publish ker. Excited nk tgok gambar tan sri nih..

      Delete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^