Jeng jeng jeng... aku nak sume!!~~ mode tamak halobe.. :P
Followers
Saturday, 23 June 2012
Kpop Activity - Haruskah?
Bulan2 mendatang ni banyak plak activity Kpop yang menyeru. Klu lepas2 raya tu macam sesuai la kot tapi yang x sesuainyer ticket dah nak start jual. hurmmm haruskah?
Coklat mocha cake - cake krim pertamaku.. ^_^
Semalam dok gigih nak buat RnD cake. Dalam kepala macam2 nak dibuatnyer. Tapi aku mmg target nak buat red velvet ngan Opera cake. Yang sengalnyer aku x ler check resepi. dok pk sume barang ada kat umah tu. End up ada beberape bahan xder. Nak kuar mencari barang punyer la malas. Akhirnyer aku buar Coklat mocha cake. Betulker name dia camtu? ni name aku yang bagi. Sebenarnyer nak try buat coklat layer yang ada krim2 ni. since aku bukanla penggemar krim2 ni, memacam la aku tambah supaya krim x muak. Finally aku berjaya reka satu krim yang sodap. Mocha buttercream aku add ngan coklat. Mmg sedap. aku asik dok calit tangan kat krim jer. Ni lah rupe kek Mocha aku.
Gambar amik pki hp jer. Kamera kene pinjam ngan akak T_T. Rindu dah ni. Bile la nak dapat kamera balik..
Malam tadi jumpe henecia, so kitorang makan la kek ni sesama. Pada aku RnD aku kali ni berjaya. balik kg nanti aku nak buat tuk anak sedara aku.
Mission berjaya!!!
Wednesday, 20 June 2012
Ulat dan Belalang bercinta. korang kejam!!
Sebelum kite cite pasal si ulat yang notty ni aku nak kene tebas sawang dulu. lame bebenar rasenyer x menaip kat blog ni. Skang keje dah start bz and sibuk dengan cake. Lagipun dah lame x berjalan. BTW arini sepatutnyer aku terbang ke Phuket tp terpaksa burn tic sbb cuti x cukup. Xpela.. sok2 kite gi. Bile nak berjalan lagik?? Jeng3... mode kopok lekor lalalalalala...
Wokeh meh citer pasal ulat yang sangat noty ni... Yang wat aku sakit jiwe. Alkisahnyer kat laman umah aku yang sekangkang kere ni ada la beberapa tanaman. Pokok serai, pokok limau dan pokok daun kari. Ni sume mak aku yang taman mase dia datang dok ngan aku dulu. Pokok limau la yang paling subur. buah limaunyer besar tpppppp nape lame dah dia x berbuah? Aku lame dah x baje ker?
Jeng jeng jengggg aku balik keje tadi ni la pokok limau aku..
Cube korang kire berape helai jer daun yang tinggal. Hadeh, ni kalau mak aku nampak ni mesti aku kene bebel 2 hari 2 malam. meh kite zoom in sikit tgok sape nyer keje ni...
Ape yang korang nampak? rerase ada berape makhluk kat gambar ni. Gambar x clear sbb gune hp cap ayam. Bukan kah mereka nampak happy seperti sedang bercinta kat dahan pokok limau aku ni. Mungkin dorang sedang nyanyi lagu kanda dinda ketika ini... Siap la kau!!!!
Okeh disebabkan aku mmg x suke nak gune racun perosak chemical ni sume2 maka cara yang paling mudah ialah blenda bawang puteh + cili padi. Pastu tapis dan spraykan kat pokok. Ni mak aku yang ajar. mula2 dulu dia kate bawang puteh jer. Skang dah tambah cili padi kat resepi ni. kikikiki bagi pedas x leh blah. Pasni kalau ulat ni nak makan daun limau aku lagik kompom dia nak kene carik air sbb kepedasan. hahahaha. Bijak tul mak aku ni.
Kite tgok hasilnyer dalan 2 minggu lagik. Adakah tunas baru pokok limau aku diganggu lagik oleh ulat dan belalang yang notty ni...
Labels:
Info
Friday, 8 June 2012
I am - Layan wayang kat Singapore
Amaran awal : ni adalah entry Mini travel + Kpop ^___^. Dan tiada langsung gambar kerana camera aku x bawak.
Okeh alkisahnye hari Isnin lepas adalah cuti carry over bagi warga pagar laut. Maka aku telah diseru oleh geng Kpop Jb tuk tgok wanyang kat singapore. Riak x?? tgok wayang sampai masuk SG. Ok ni la iklan yang menguji minda seketika. X paham? jap lagik aku sambung cite pasal i am ni.
Ni adalah misi pertama ke Singapore naik bus lalu larkin. Selalunye aku gi SG lalu CS (selalu ker aku gi SG? :p) rupenye klu naik bas dari larkin, kurang le sikit perjalanan yang memerlukan menapak2 ni but still kene menapak la jugak. Since aku ala2 first time, aku follow jer la. Follow and learn gamaknye. Sok2 aku lepak kat SG paham2 jer la. Setelah berjaya naik bas kami continue naik MRT ke dhoby ghaut. Perjalanan MRT dari Kranji nak dekat jugak 30 min. Kami actually target tic kul 4.30pm. Harusla sempat sebab kul 2 kami dah bergerak dari JB. Sesampai jer kat dhoby ghaut, kami menggunakan ilmu pasrah sbb sume orang x tau arah tuju, and finally masuk kat satu mall ni. Pastu dok sesat carik panggung wayang. Last2 kami naik tinggkat atas sekali, kompomla wayang kat atas sekali kan. huh amik ko, 1 level atas tu wayang saja. Meluru ke kaunter tic nak beli tic, namunnnnn jawapan abang penjual tic, tic tinggal 1 jer la dik. -_-' ok next show la bang. Kul 7.30. Mula la edisi melepak dan menjelajah from kedai to kedai. Nasib ada satu kedai yang agak menarik... hahahaha rahsia!!.
Okeh 7.30 dah. jom masuk wayang. I am ada movie ala2 documentary kot pasal artis2 koya under SM Town. SM town tu hape?? ala2 syarikat naungan dorang la. So dorang ni ada wat concert kat Madison Square Garden. Hape lak madison ni. ha bace cni. aku copy dari wiki.
Madison Square Garden (MSG), known colloquially as the Garden and The World's Most Famous Arena, is a multi-purpose indoor arenain the New York City borough of Manhattan and located at 8th Avenue, between 31st and 33rd Streets, situated on top of Pennsylvania Station. Opened on February 11, 1968, it is the longest active major sporting facility in the New York metropolitan area, and is the fourth incarnation of the arena in the city. One Penn Plaza stands at its side. Several other operating entities related to the venue share its name. Madison Square Garden is the third busiest music arena in the world in terms of ticket sales, behind Manchester Arena, Manchester and The O2 Arena, London, both in the United Kingdom.
Ok kire pentas donia la. sangat2 penuh bermakna la bagi SM Town. So I am ni ada la cite disebalik tabir kelahiran artis2 macam Super Junior, SNSD, TVXQ, Shinee, Fx, BoA dll. So dorang ada tunjuk la muka2 mase bebudak ni mula2 masa training life. Dorang ni dah start training sejak umur 12 Taun. balik sekolah gi training menari dan vokal. So sejak kanak2 rebina la dorang dok training. Kebanyakkan mereka akan training selama 5 ke 6 tahun. Dan training life dorang sangat la gigih. Ada tu menari satu malam sebab nak dapat step. Dorang menari sampai menangis sbb asik wat mistake. padahal trainer x marah pun. Rase serba salah sendiri. Okeh aku sebenarnyer amat kagum. So mmg mereka layak untuk berada pada tahap skang ni.
Ok berbalik pada cite dalam wayang. aku xleh tahan tul tgok mereka2 ni. weh wayang pun, bukan concert pun. tapi aku macam tgok concert. Kuar jer sesape yang dorang suka, menjerit. lagik2 tang super junior ni. yang best tu tgh aku dok layan tetibe ade lak sorang minah ni jerit x ingat dunia. aku ngan member aku bantai gelak. Adeh, baru tgok wayang dah macam ni, klu mamat ni tetibe ada depan mate mau pengsan budak ni.
In over all, x sia2 jugak la aku gi tgok i am ni. But seriusly only for Kpop lover. Klu orang biasa2 tgok mesti xder perasaan. hahahaha. Satu jer yang aku amik pengajaran. Bukan senang dorang nak berjaya. they work really hard. Work hard tu mmg menghasilkan sesuatu yang mmg Awesome. As in our life pun camtu la. Klu nak berjaya kene la kerja gigih2 sikit.
Okeh, tamat sudah cite I am. as i said before no picture la. Aku x bawak camera sbb nk gi tgok wayang jer pun. Bile pk2 balik rugi ler plak. haissshhh...
Subscribe to:
Posts (Atom)