Followers

Tuesday, 15 December 2015

Autumn 2015 : Rombongan Faizah Ke Korea - Seongsan Ilchulbong Jeju


Halooo.. Cik PaE ke korea lagik.. Boleh aku letak tajuk cenggitu. Rombongan sangat katenye. Kali ni trip ke Korea adalah sebagai tourist guide. Kisahnye saya telah di PM oleh bella untuk bawak mereka ke korea. So aku ni kan ade kuman Travel + Korea. Bile kene petik klu kene pada gayanye mmg aku ON jer. Setelah decide kami pun beli ticket. Serius x penah jumpa mereka. Jumpa buat kali pertama dalam seminggu sebelum trip. Meeting first kat JB and 2nd kat KLIA2 trus... aku explain ape y patut supaya xder masalah dibelakang hari.

Hari yang ditunggu pun tiba. Kami bertemu di Airport dan trus fly ke Korea. Transit seoul dan trus ke jeju. Sampai2 je di Jeju pickup kereta dan trus ke Hotel. First day burn untuk perjalanan je. Sampai hotel semua dah kelaparan. Masak bekalan makanan yang ade. 


Jeju Feel house hotel kami yang pertama. Sangat selesa.

Hari kedua akan penuh dengan activiti panjat memanjat. Ha bertabahla korang yang mmg x penah nk exercise tu. Kak Pae ko nk dera sikit. Selepas sarapan (Tenaga amat diperlukan) kami bergerak Ke Sunrise Peak. Sunrise peak ni mmg seperti Lokasi wajib setiap kali aku datang ke Jeju. View kat sini memang awesome.

Sebelum kite panjat, ayuh Selfie dulu.

Bg yang mereka yang x berape nk fit macam kami, panjat memanjat tangga mengambil mase hampir sejam. Termasuk dah tu berenti rehat. Pada yang fit aku yakin 30 minit korang dah boleh sampai. Laluan ke puncak 100% tangga. Ha kalau sape2 ade sakit lutut tu leh la simpan je hasrat nk memanjat Sunrise Peak ni.

Ni time berenti seketika untuk berehat.

Wajib la ade muka akak jugek.

And Finally sampai jugak. Walaupun nk dekat 10 kali aku cakap sikit lagik. Mujur depa sume percaya kat aku. Hakikatnye jauh lagik :p
Bella and Mira

Yeah.. Bahan bukti kami sampai ke puncak.

Alhamdulillah cuaca x berkabus. View awesome.

View from peak. Harap maklum gambar2 dalam entry ni sume xde edit2 sebab aku malas. No Filter ok. hiks

Dah puas menikmati pemandangan kat atas kami pun turun.

Harini x sempat nk tgok women diver sebab kami nak ke tempat lain plak. kami layan gambar view je la.

Macam tugu x? Hihi.

Bagi yang nk tengok gambar cun kawasan ni leh la jenguk blog Chawana ni. Photographer tersohor kan.. aku ni tangan x seni sangat. hihi 

Ok tu je untuk entry kali ni. Moge aku gigih untuk entry seterusnye.... till then bye...