Amacam raya. ada seronok keh?? bagi aku raya tiap taun biasa2 jek. xderla happening sangat. cuti pun x lama gara2 Annual Leave x berape nak ada. Lagipun raya xder activity y menarik sesangat pun. Maklumla bukan ada anak nak dilayan and bukan ada umah mak mentua nak kene lawat. So raya ke 5 aku dah raya kat pagar laut dah.
Aku jugak bersyukur kerana ramadan kali ni bawa rezeki yang x disangka. Alhamdulillah. Rezeki yg lebih berbanding tahun2 lepas. Syukur x terhingga. Kepercayaan pelanggan kek mmg aku dulukan dengan terima kasih.
Ni separuh daripada order kek yang dah siap. Separuh lagik x sempat nak snap dah anto kat customer.
Dengan rezeki yang x diduga ni maka harusla hadiahkan diri sendiri setelah seminggu tdo cume 3 jam dan bersauna sepanjang dok kat umah. maklumla kek2 ni sume dikukus. tu yang rumah dah jadi sauna. Apekah hadiah untuk diri sendiri tu?? lalala tentula pujaan hatiku. Idaman hati yang dah lame aku pospone. Maka Samsung Corby bertukar menjadi Samsung Galaxy Note. Alhamdulillah.. senyum lebar dihari raya gitewww.
Balik raya mmg pengsan penat. Mujur raya hari Ahad, adik aku lak nak cat umah. beriaya nak cat tapi gayat. Hampeh. Sape lagik klu bukan aku la yang kene cat yang tinggi2 tu. Malam raya cat umah. pastu kemas umah. Harusla pengsan. Aku pun x sedar bangun2 tgok suma masakan dah masak. Entah bile dorang masak aku pun x sure. Ni keje mak, akak, kak ipar ngan abang aku la. Pagi raya lak aku bersilat kat dapur sbb orang marhaban akan datang lepas sembahyang raya. tetibe tgok2 akak aku dah ironkan baju raya... Huyooo baik giler.. tacing haku.. kikikikiki...
As usual bermaaf2an tu wajib la... time ni ramai lak yang nanges. banyak dose letuwww... huhuhu sepupu2 time ni dapat la duit raya. Since taun ni sume adik beradik aku dah koje.. sedap gak la dorang dapat. Untungla... time aku dulu duit raya ciput jer.. huhuhu joking.
Raya pertama dah dapat call dari pagar laut. Paip pecah. Maka tentulah x tenang hati aku dah. Dok terpk nak menjawab naik raya nanti. Mujur ada rakan sekerja non muslim membantu. Haishhh.. klu nak wat onar boleh x jangan time raya!! tiaptaun camtu. gegeh!!!
Raya pertama ngan raya ke2 umah kene serang. Maklumla mak anak sulung. Since raya ke2 abang aku masak beriani kambing.. maka aku pun naik lunyai kemas umah. Angkat pinggan. Akak aku lak amik contract basuh pinggan. Kecut2 tangan dia. Syukur la ada orang datang. Klu x sunyi sepi la umah aku. Nape sunyi sepi??? sbb keluarga aku kecik jer..
Ni jer la family aku. Ada sorang lagik y kecik kene keje raya ke2. hahahaha tahun pertama keje trus x dapat cuti raya.. RASAKANnnnn!!! 5 beradik. sorang kakak ipar dan 3 orang anak sedara. Yang tengah2 tu ibunda tercinta. Time ni mak aku tacing sbb x amik pic mase raya pertama. klu x sume ader.. sorry la. lupe.
Raya ke 3 aku malarikan diri soping kat Jusco melaka. Sendirian. Ni la baru nak soping sikit seluar ngan baju keje.. Bak kate adik aku SEMATE!!! time raya gak nak soping!!. raya ada sale. harus la soping time sale. huhuhuhu.
Raya ke 4 aku dah nak balik JB dah. Adik ngan abang aku dah balik dulu. Begitulah raya aku yang sangat la biasa2. Orang dok kate raya best. Tp pada aku raya adalah biasa2 jer... ni pun mujur abang aku dapat cuti. dia balik raya 2 taun sekali jek. so taun depan sure lagik x besh!!.
Raya ke5 ngan ke6 aku dah ada kat kilang dah. Naik lunyai gak kehulu kehilir ngan isu2 yang menguji ketabahan dan pengetahuan aku. Bak kate sorang Engineer. Faizah, xpe you x tau sekarang. Kena marah tu tahan jer. Belajar dari kesilapan ni. Nanti lame2 you dah pandai sure you boleh handle sume.. So, Baiklah!!!! bertabah la time learning curve nih...
Okeh masih mode raya kan... Selamat hari raya sume.. moge gembire2 selalu... Agak2 klu tahun depan aku plan trip time cuti raya mesti bestkan. huahahahaha... nanges mak haku ^_____^.