Followers

Saturday 13 October 2012

Brunei Day 2 chill2

Aku mmg dah jangkakan yang entry day 2 brunei akan delay lame sbb aku skang mmg sangat sibuk ngan keje kat opes. Macam2 lak isu lately. Sungguh menguji ketabahan dan ilmu didada. Okeh malam ni disebakan aku dah tdo dengan puasnye, aku gigihkan jari nak menaip entry day 2 ni. Harap2 ada lagik y sudi nak bace cite y ala2 nk basi dah ni.

Day 2 brunei aku anggap sebagai hari y menguji kekuatan lutut. Ini disebabkan pada hari ni kami masih belum menyewa kereta dan lokasi yang kami nak pergi nampak dekat dalam peta tp hakikatnyer jauh!! Dari tengah2 bandar sri begawan kami ke galeri seni.


Galeri seni ni ada 2 bahagian. Satu bahagian untuk lukisan dan satu lagik ala2 muzium sejarah. Disebabkan kami agak awal, cume bahagian sejarah jer y dibuka. 

Meriam naga.

Dalam muzium sejarah ni banyak betul meriam naga ni. macam2 bentuk. Aku pun pelik macam mana dorang bleh ada koleksi yang sangat banyak. Selain meriam naga ni ada jugak diceritakan pasal kampung air. Asal usul Kg Air dan bagaimana penduduk Kg Air berpindah ke tanah besar. Since aku malas nak bercerite tang sejarah ni, sape2 yang berminat leh la bace sikit kat sini .


Pejalanan diteruskan ke Muzim kesenian Brunei. Dalam perjalanan kami terserempak dengan pakcik ni. relex jer dok tebar jala. Dok usha baldi dia, dapat banyak gak ikan. Ternyata sungai ni masih banyak ikan. Dah puas skodeng baldi pakcik ni kami truskan menapak. Nape kami menapak???? Jauh ok. Ini disebabkan brunei punyer public transpot mmg xdok. Yang ada teksi yang kompom sangat la mahal. Bas pulak sangat jarang2.


Pusat kesenian ni sangat aku x paham motif kewujudannya. Ada ruangan kraftangan yang dipamerkan tapi sangat entah hape2 entah. Pada aku x berbaloi kami ke sini. Mungkin ni bukan tarikan pelancung. sekadar opes tuk kegiatan kesenian kot. Arah tuju seterusnye ialah Muzium Bandar Seri Begawan. Sangat bertemakan muzium kan perjalanan kami pada hari ni. Ok pada saat ni aku rase sangat x berbaloi.

Lokasi Muzium negara sangat la jauh. Separuh jalan aku dah give up dah. Dok kenang muzium2 yang kami masuk sebelum ni sangat la x best, klu benda yang sama gak kat muzium negara kompom aku declare day 2 sangat kecewa. Disebabkan aku dah x larat nak jalan akhirnyer kami berjaya menahan kereta rakyat brunei. Mekasih pakcik. Jasamu dikenang. Sesampai jer kat Muzium ni kami trus diarah simpan kamera. So xdok la gambar yang aku dapat tepekkan kat sini. Mujur la ape yang terdapat di muzium ni berada diluar jangkaan kami. Terdapat 6 bahagian dalam muzium ni. yang aku ingat haiwan, petroleum, Islam, sejarah dan tamaadun dan diraja. Macam2 yang kami dapat lihat. Tak sangka negara yang sekecil ni ada macam2. 

Setelah hampir 2 jam dok round2 kami pun nak berpatah balik. elok jer kami keluar, bas pun lalu meninggalkan kami. x sempat nak tahan. Haishhh kompom next bas lame lagik. Dengan muka tempenyer kami pun menapak dan try2 nk tahan kereta lagik. Tang tahan kete ni mmg aku serahkan pada yantie la. maklum la aku ni pemalu orangnyer. Setelah menapak dalam 10 min, sebuah van stop nak bagi kami tumpang. alhamdulillah.. Kami kembali ke galeri seni yang mula2 tadi. dok skodeng bahagian satu lagik yang x bukak pagi tadi. Okeh dah bukak. Dalam galeri ni penuh dengan lukisan2 pertandingan yang bertemakan Sultan Brunei. Agak cantek juga la tp x leh jugak nak amik gambar. 

Since kami dah ketengah hari, dan esok kami target nak ke bahagian selatan brunei, maka kami harus dapatkan kereta sewa. Berdasarkan tanye2 orang, kami disarankan ke sebuah hotel yang ada kaunter herz. Okeh menapak lagik. Hampir 30 min menapak kami pun sampai. Tapi malangnye no car available. Giler kecewa. Berdekatan dengan hotel y kami tuju tu ada Muzium diraja. Alang2 dah dekat kite singgah jer la kan. Bangunan ni ada 2 tingkat. bahagian bawah jer yang boleh amik gambar. Dimulakan dengan barangan kemasyuran diraja hingga ke hadiah2 untuk Sultan Brunei dipamerkan disini.

Ni salah satu kedai cenderamata. Kakak ni sangat baik dan bagi kami diskaun.

Setelah puas meround dan siap bersila memilih fm, kami pun keluar dengan hati berbunga ceria. Kali ni mmg puas. Serius ni la tempat yang must visit klu ke brunei. Selepas mengalas perut kami pun balik ke bilik tu solat dan berehat jap. penat oooo. Berdasarkan plan pagi tadi, petang ni kami nak lawat kawasan paya nak tgok monyet tp hujan la plak. maka kami pun bantai tdo. sedar2 dah kul 5. So kami plan cume nak ke Kg Air jer tuk dinner. Sedang dok naik bot encik driver bot pun offer ke kawasan paya. rb35. Since harga yang ditawarkan agak murah berbanding apa yang kami dok bayangkan so on la.

Since kawasan paya agak jauh, en driver pun start la engine turbonyer. Ohmai dikala ni aku hanye terdiam sebab dalam bot ni cume kami bertiga dan tiada life jeket. Dalam bot pakcik ni dok cerite plak yang kami bukan sahaja akan nampak monyet malahan buaya pun banyak. Besar2 buayanyer. Erkkkkk seyes aku nyesal naik bot ni. On the way nak ke tempat monyet lak kami nampak BUAYA!!!!. okeh aku nak pengsan mase ni. aku mmg dah terdiam jer la. Macam2 ada dalam fikiran ni. Telan liur jer la. Pakcik ni plak bleh la plak bawak bot siap main corner2 lak. Tuhan jer la yang tau perasaan aku mase ni.. Setelah 20 min kami pun sampai la ke tempat yang dituju. Ni la monyet y nak tdo dah. Magrib hokey mase ni. Mau x gundah gulana perut aku. Sengal!!


Perjalanan balik plak pakcik bot mmg sengaja slow down sbb nak carik buaya dikala magrib!! hahahaha aku mmg rase nak putus nyawa dah ni. And mmg banyak nampak mate buaya. sbb mata buaya akan warna merah bile kene suluh. dah halfway nak sampai tetibe pakcik bot berentikan bot. Kali ni kami nampak seekor buaya dari kepala ke ekor. pakcik bot siap offer nak dekat ke buaya. GILER!!!! kami dengan kecut perut pun tolak pelawaan pakcik bot dan trus ke Kg Air. Ni adalah pengalaman giler pertamaku. Sumpah aku xnak lagik. Korang offer free pun aku pangkah!!. nk tengok monyet aku pegi zoo jek!!

Kat kg air hujan turun dengan lebatnyer. Kami nak carik kedai makan. Kg Air dah makin maju. Ada sekolah, Masjid dan kawasan perumahan baru yang konkrit. Cantik plak tu umah dia. mmg cun klu buat homestay. Lepas makan nasik goreng kg y bernilai rb 1. Murah giler!!! kami pun balik. Okeh harini walaupun penat tp agak berbaloi.

Kembali pasal kereta sewa, kami akhirnyer dapat contact satu agensi y dapat bagi kereta corolla manual dengan harga rb 50. Deposit mastercard rb300. So klu xdok mastercard mati la. berakhir sudah perjalanan day 2 yang tema muzium dan BUAYA!! deng!!!!

Okeh till then bye. minggu depan lak tuk day 3 ^____^



2 comments:

  1. Cantek pulak tengok meriam naga tu.hehehe
    pastu pepayungan yang bergantungan tu pon menariks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak naw meriam nyer. sampai aku wonder kesahihannya. ahahahahaha. Payung diraje.. harusla santek menarik.. banyak lagik y mmg cantek tp xleh amik pic. hurmmm

      Delete

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^