Followers

Sunday 19 February 2012

Korea Day 6 - Jeju

Terima kasih pada reader sekalian. Disebabkan jumlah visitor bertambah, semakin bersemangat la aku menaip. Harap maaf sekiranya ada kekurangan. Saya ni baru belajar menulis blog. Sekiranya ada idea membina comment anda amat dialu-alukan. ^_^

Okey kite sambung cerite jeju kita pada hari ke 6. Kami dah beli tiket flight balik ke seoul esok pagi. So malam ni kami akan bermalam di jeju buat kali terakhir. Disebabkan kami risau tak sempat nak check in pagi tu, so kami ala2 nak tdo kat airport jer la malam ni. Harini kami akan berjalan sambil membawa beg yang berat. Setelah berkemas2 mana yang patut dan bersarapan kami pun check out dari Jeju Hiking Inn. Semalam sebenarnye dah tanye dah macam mana nak gi next destination tapi tetibe pagi ni aku blur. So kene la memanjat semula ke information center kat atas bukit. Sabo jer la. Yang lagik sedapnye sampai2 jer information center tu tutup!! x bukak lagik. Awal pagi sangat. Kami sebenarnye nak ke bahagian timur pulau. Kat situ ada satu kawasan pantai dan cliff. Puas aku fikir apa nama tempat tu tapi lupe lak. Tapi kat situ ada pantai pasir hitam dan cliff jugak. 

Ok berbalik pada cerita tadi. Disebabkan tutup aku pun terpaksa la bertanya ajushi2 yang lalu lalang kat situ tp tetibe suasana jadik kecoh. Antara ajushi2 ngan driver teksi. Kami dah blur. Rase nak lari jer. Nape dorang ni.. aku tanye jer. x tau xpe la aku tanye orang lain... Aduhai.. Dalam keadaan huru hara2 tu tetibe driver teksi soh masuk kete. Ah sudah.. nak bawak kemana lak ni. Dalam cab tu aku tanye la driver tu nape sebenarnye. Dalam komunikasi antara ayam ngan itik tu apa yang aku paham dia kate kat area tu ader 2 stesen bas jd dorang dok berbincang nak hantar kami ke stesen bas yang mana satu.. Nak pahamkan apa yang driver cab ni cakap bukan la mudah. Segala ilmu tilik aku gunakan tuk tangkap apa yang dia cakap. Lawak sungguh. Akhirnye kami sampai la jugak ke stesen bas kat stadium world cup.. World cup??? yang kami gi semalam?? ader bas station??? hinenyer aku rase bile pk semalam macam nak mati tunggu cab.. ceh!!

Disebabkan awal pagi, information center kat stesen bas tu x bukak lagik. Driver cab yang kami naik punye le risau kami sesat, sampai bising2 dia mintak tolong orang lain tolong kami. MasyaAllah.. Xpela ajushi.. kami okey... jangan risau. Tak sampai 10 minit lepas tu information center pun bukak. kami pun bertanya la apa2 yang patut dan trus naik bas ke destinasi seterusnye. Oleh kerana kami ni bawak beg yang agak berat dan orang asing... Bile sampai jer kat tampat yang kami nak pergi tu, driver bas akan pastikan kami turun. hahahaha layanan maharaja tul. X payah dok risau terlepas. Aku suke tul.. 

Turun jer dari bas aku blur... huh?? napa tempat ni macam x best?? sunyi jer. Ok kite turun dulu. Selepas menuruni tangga yang amat curam, ada satu kedai bukak. Owner dia pandai cakap English. So mudah la kami. Sebenarnye nak tumpang letak beg jer. Ramah dan baik nyer mamat ni. Dia tunjukkan satu sudut tuk kami letak beg yang berat tu. Alhamdulillah.. Kamsahamnida!!..

Kami pun pusing2 kat tempat tu. Ada kuda yang gemuk!! cantik giler kuda ni.. Pastu kami ke pantai. Lawaknyer bile kawan aku nak masuk pantai tp penjaga pantai tu x kasi. Aku ngan muka pelik pun datang and cakap Ajushi.. can i enter?.. ajushi tu kate yes2!!.. so aku pun masuk la. Sorang dari kawan aku pun ngekor. Tetibe sorang lagik nak masuk ajushi tu x bagi. hahahahahaha... Agaknye ajushi ni ingat aku warga tempatan kot. Dah puas amik gambar dan main2 kat pantai tu... amik gambar kaki terbenam.. hahahaha.. kaki terbenam tu adalah lawak kawan aku ditepi pantai. Motip nak amik gambar tapak kaki tp gigih melompat kat pantai nak buat tapak kaki. Last2 terbenam. Nak pecah perut aku gelakkan dia. Sabo jer la.




Dah abis round kami pun bersiap2 tuk tunggu bas untuk ke next destination. Halim's park. Pejalanan menaiki bas dalam 30 min. kami turun dekat dengan family mart. disebabkan jari aku dah berdarah tanpa disedari aku pun masuk la family mart tu tuk beli handplas. Kt korea masa ni mmg la sejuk tp environment kering. Low humidity. Kering la kulit aku yang macam sutera ni huhuhu.. kulit kat atas kuku tu luka2 sebab kering. bibir pecah2. aduhai...



Ni cik pae sedang menampal tangan yang luka dalam kesejukkan. Yang merah tu bukan darah aku ye.. tetibe lak ader cat kat situ.. Permandangan kat pantai di area halim park ni mmg cantik. Pasir sangat la halus. Mereka terpaksa letak jaring supaya pasir x terbang kene tiup angin. Kalau time ni summer aku rase mau aku terjun dalam laut tu..



Sesudah puas menikmati pantai kami ke family mart tuk makan. Pas masing2 dah kenyang kami menuju ke Halim's park. Kene menapak dalam 5 min. Entry fee agak mahal. Rasenye 9K Won. Bila dah masuk baru la tau yang ia adalah taman tropika... Tropika?? sama la macam kat Malaysia.. Adeh!! tapi macam2 la ader dalam ni. Mungkin kalau datang masa spring agak berbaloi. Time kami datang ni pokok kering dah x hado bunga langsung... Dalam taman ni ader old folk village dan taman burung jugak. Mari layan gambar2 yang aku snap kat bawah ni.


Ni lak burung2 yang comel2 disana. aku tak sangka camera aku sanggih jugak leh snap gambar macam ni. riak x??

Hari pun dah petang. Kami plan malam ni nak tdo kat airport jer. Aku dah x larat nak meronda lagik dah. Sampai kat airport aku pun flat.. kawan aku nak meround lagik, aku pasrahkan dia gi sorang. Sebenarnye mmg rase nak demam dah. Aku telan penadol dan tdo!!.. bila kawan aku balik jer kami pun nak carik port tp tetibe guard kate can not sleep here.. huh?? xleh tdo kat airport??? first time aku denga ni... aduhaiiiii.. ape lagik, menangkut la balik beg kami ke motel yang first day kami tdo tu. nasib available. sampai jer aku solat dan kroihhhhhh.. selamat malam jeju...

sok citer blk seoul semula...




No comments:

Post a Comment

Please show your ID or Open ID at least. Comment from Anonymous will not appear in here ^____^